Benarkah ketum mampu memulihkan pesakti covid 19
Benarkah ketum mampu memulihkan pesakti covid 19
Gambar kenangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee bersama Allahyarham Aziz Satar . Gambar ni diambil ketika Festival Filem Asia Ke 19 di Singapura pada tahun Mei 1973. Waktu ni tiada siapa yang mengundang Arwah Pramlee untuk duduk bersama termasuklah artis-artis dari Malaysia dan Singapura , kecuali Arwah Aziz Satar sahabat baiknya yang memanggil Arwah untuk duduk bersama.
Tapi apa yang menariknya , Pada waktu Festival itu , Walaupun artis tempatan kita tak endahkan Arwah P.Ramlee , Artis dari Jepun , Hong Kong , Taipei , Manila dan negara luar lainnya masing-masing mencari Arwah P.Ramlee dan mengambil kesempatan itu untuk bertegur sapa dan mengambil gambar bersama Arwah.
Tahun 1973 ni zaman terakhir kejatuhan Arwah P.Ramlee , Kerana beliau meninggal pada tahun 1973. Bila ingat balik cerita dari orang-orang yang rapat dengan Arwah P.Ramlee , Rasa sebak dan geram. Sebab pada waktu Arwah berpindah ke Malaysia ke studio Merdeka , Banyak komplot yang cuba menjatuhkan Arwah, Para wartawan memburukkan P.Ramlee , Semua syarikat rakaman tak mahu kerjasama dengan Arwah dan orang awam juga sudah lebih cenderung dengan hiburan musik dan filem barat.
Arwah Pramlee , Terpaksa mencari makan dengan menjadi hos dan penyanyi di majlis perkhawinan orang awam , Arwah tak pernah berputus asa untuk mencari rezeki dan menyumbangkan bakatnya dalam dunia seni hiburan , Tapi sentiasa ada komplot yang cuba jatuhkannya , ditambah pula orang awam ketika itu sudah tidak memandangnya hanya selepas kematian arwah , Barulah semua duk pakat sibuk ambil berat.
Ada orang menafikan semua ni , Tapi semua cerita ni adalah dari orang rapat arwah , iaitu Aziz Satar dan Mariani (kakak saloma) , Arwah Aziz Satar sendiri bercerita dia pergi ziarah Pramlee dan ketika itu Arwah hanya makan berlaukkan telur. Terus sebak Aziz Satar melihat sahabatnya yang begitu diagungkan dan dipuja sewaktu ketika di Jalan Ampas Singapura , Kini hidup melarat di Malaysia. Arwah ditimpa kemurungan dan kesedihan sehingga kesihatannya semakin teruk.
Siapa lagi yang menjatuhkan Pramlee kalau bukan orang Melayu kita sendiri ? Siapa yang Boooo Arwah masa buat persembahan kalau bukan orang kita sendiri , Masa tu pengaruh dan budaya barat dah masuk malaysia seperti band the beatles . Kebanyakn Remaja muda masa tu tak mahu mendengar lagu-lagu pramlee. Bila arwah dah meninggal barulah nak menghargai.
Al-Fatihah Buat dua orang seniman hebat ini , Allahyarham Tan Sri Pramlee dan sahabatnya Allahyarham Dato Aziz Satar.